Zul Yahya kecewa masjid jadi pusat pemberian vaksin

Zul Yahya kecewa masjid jadi pusat pemberian vaksin

Baru-baru ini, bekas pelakon dan juga telah bergelar penceramah bebas, Zul Yahya ungkap rasa kecewa serta terkilan apabila tempat beribadah dijadikan sebagai tempat Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

 

Perkara tersebut dimuatnaik oleh Zul pada malam Sabtu menerusi akaun Instagramnya dan telah meraih hampir 6000 tanda suka daripada pengguna media sosial tersebut.

Allah hu Akbar.. Astaufiruallah al azim.. Aku pernah bermimpi masjid dipenuhi ular.. wallahi demi Allah. Aku tak percaya pada mimpi, bagi aku mimpi ini hanya mainan tidur, kadang-kadang mungkin aku tak jaga adab tidur, tapi mungkin ada maksud disebaliknya.

 

Hal yang membuatkan pendakwah bebas itu amat terkilan apabila orang ramai keluar masuk masjid tanpa mengikuti adab memasuki masjid.

Zul YahyaSumber : Instagram Zul Yahya  

 

Menerusi hantaran tersebut, rata-rata pengikut Zul bersetuju dengan pertanyaan yang dibuat olehnya itu bahawa masjid adalah tempat yang tidak sesuai untuk dijadikan sebagai PPV.

 

SUMBER : Gempak