Zul Ariffin mengaku bersalah muat naik kandungan sumbang, didenda RM30,000

Zul Ariffin mengaku bersalah muat naik kandungan sumbang, didenda RM30,000

 

Pelakon, Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan sumbang di laman Instagramnya di Mahkamah Sesyen disini hari ini.

Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin membuat pengakuan tersebut dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noorhisham Mohd Jaafar.

Terdahulu, pelakon lelaki popular itu tiba di Kompleks Mahkamah Sepang di sini kira-kira pukul 8.10 pagi tadi.

Pelakon berusia 36 tahun itu dilihat tiba di pekarangan mahkamah lengkap bersut kelabu gelap dengan diiringi beberapa individu yang dipercayai merupakan peguam dan pengurusnya.

Pendakwaan terhadap pelakon itu akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.- KOSMO! ONLINE