Zoo Negara tak boleh dikunjungi, cara lelaki ini jaga gajah buat ramai terharu

Zoo Negara tak boleh dikunjungi, cara lelaki ini jaga gajah buat ramai terharu

Satu hantaran video oleh seorang pengguna aplikasi TikTok mengundang perhatian ramai tertumpu dengan seorang lelaki yang menemani seekor gajah.

Sedia maklum, kita yang masih dalam tempoh PKP banyak sektor yang masih belum dibenarkan untuk dibuka manakala Zoo Negara juga difahamkan masih tidak boleh dikunjungi.

Walau bagaimanapun, hantaran satu rakaman video yang menunjukkan gelagat seekor gajah turut mengundang rasa sebak wargamaya yang mengakui merasa sangat rindu ingin ke Zoo Negara.

IMG_20210628_105550

Malah ada juga yang mengingati saat-saat menjadi sukarelawan apabila berpeluang menjaga haiwan-haiwan di Zoo Negara. Namun begitu dalam pada masa yang sama, gelagat seorang lelaki dalam video dikongsikan tersebut mengundang orang ramai sangat tertarik.

Sehingga ia mendapat tontonan lebih 300,000 kali disamping menerima ribuan tanda suka berserta ratusan komen daripada netizen kerana begitu tertarik dengan cara seorang lelaki yang menjaga dengan baik seekor gajah disaat Zoo Negara tidak dapat dikunjungi pengunjung.

@yommmmmmmmmmmm

My heart goes to all the animals in the Zoo. #tiktokmalaysia #fypシ #xyzbca #animals #elephant #zoonegara #fyp

♬ Beautiful – Crush(크러쉬)

Wargamaya turut merasa terharu kerana gajah di Zoo Negara itu juga dilihat sangat selesa dan mempercayai lelaki tersebut.

“Lihat bagaimana gajah itu buat dekat dia…”

Zoo

“Nak pergi Zoo serious ni I memang nak pergi dari hari tu lagi tapi sebab PKP…”

ZooIMG_20210628_105656

“Its so cute”

IMG_20210628_105726