Zizi Kirana tak boleh buat kerja berat, Yusof Bahrin pegang ‘Sabar’ kunci utama kebahagiaan

Zizi Kirana tak boleh buat kerja berat, Yusof Bahrin pegang ‘Sabar’ kunci utama kebahagiaan

Umum tahu, penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin sudah mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu selepas dua bulan menyulam cinta.

Tak bagi buat kerja berat

Masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain, Zizi, 36, mendedahkan Yusof, 29, seorang suami dan lelaki yang romantis.

Bercerita ketika wawancara di saluran radio Singapura, Zizi berkata dia terpaksa membiasakan diri untuk tidak melakukan tugasan berat kerana suaminya tidak membenarkan.

Dia tak bagi saya buat kerja berat-berat..Katanya tak payah. Sampaikan dia sanggup turun bawah jemput saya dan tolong angkatkan barang.

Jadi, saya pula rasa tak biasa. Sebab sebelum ini pun saya tinggal seorang, dah terbiasa buat sendiri semuanya.

Tambah pemilik nama Muhammad Yusuf Bahrin, dia menyatakan Zizi adalah individu yang akan memastikan kediaman mereka dalam keadaan bersih dan kemas.

Akui pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa, dia seorang yang suka sepahkan barang kemudian baru akan dikemas.

Saya jenis yang suka campak tapi Zizi ada perangai yang ‘sakit mata’ bila tengok barang bersepah. Tapi kalau saya sepahkan saya akan kemas semula.

Paling penting kena sabar

Dalam pada itu, pasangan selebriti ini bersependapat perkahwinan bersifat saling melengkapi. Bagi mereka, dalam kehidupan pasangan suami isteri, kunci utama yang perlu dipegang adalah sabar.

Apa paling penting kena sabar. Kalau tak sabar boleh gaduh, cerai. Saya kena pegang dan belajar, biar betul-betul sabar, bila kena ujian.

Bertolak ansur, jangan nak tunjukkan ego masing-masing dan jumpa di tengah-tengah setiap masalah.

Sumber: Mediacorp Ria 897  

COMMENTS