Yasin Sulaiman ucap tahniah kepada Anwar Ibrahim, minta kaji undang-undang lapuk mengenai dadah

Yasin Sulaiman ucap tahniah kepada Anwar Ibrahim, minta kaji undang-undang lapuk mengenai dadah

Komposer terkenal, Yasin Sulaiman yang ditemui ketika sebutan kes keputusan representasi tiga pertuduhan dadah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini telah mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 Malaysia.

Perjuangan Anwar lebih besar

Memetik laporan dari Mstar, Yasin menyatakan secara ringkas bahawa Anwar telah melalui perjuangan yang begitu besar dalam kerjayanya sebagai ahli politik dan ia tidak setanding dengan apa yang dilaluinya memandangkan beliau merasai jerit perih yang lebih teruk sebelum ini.

“Dengan kuasa Allah akhirnya dia telah dilantik untuk jadi perdana menteri.
“Begitu juga saya mengharapkan agar ada keadilan sewajarnya,” katanya.

 

Kaji undang2 lapuk negara terutamanya berkaitan dadah

Di kesempatan itu juga, pemilik nama sebenar a Muhammad Yasin Sulaiman, 47, berharap agar kerajaan baru yang dipimpin oleh pengerusi parti Pakatan Harapan (PH) itu mengkaji dan menambah baik undang-undang lapuk terutamanyan berkaitan dadah.

“Saya berharap agar perdana menteri kita dapat betulkan undang-undang arkib, undang-undang lapuk yang tidak menetapi perkembangan, pengetahuan dan peradaban.
“Itu telah masuk dalam kes 39B yang beliau pernah hadapi dulu mengenai kes arkib ni jadi saya harap dia faham,” ujarnya.

Mengulas lanjut berkenaan sebutan kes representasi tersebut, pihak mahkamah sesyen telah menetapkan 11 Januari depan untuk sebutan keputusan representasi kali kedua bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah dihadapi penyanyi nasyid dan komposer terbabit.

Semasa prosiding di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad, peguam yang mewakili Yassin, Ariff Azami Hussein berkata, pihak pembelaan sudah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara.

Sumber: Mstar (Faiz Izzat)