“We are pregnant!” Uyaina Arshad umum hamil anak sulung

“We are pregnant!” Uyaina Arshad umum hamil anak sulung

Pelakon dan hos, Uyaina Arshad mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Perkara tersebut dimaklumkan isteri penyanyi, Raja Syahiran menerusi satu perkongsian terkini di Instagram.

 

 

“Salam Ramadan. Alhamdullilahhh terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk Syahiran & Uyaina. Insya-Allah tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah.

“We are pregnant! Syukur padaMu Ya Allah,” tulis pemilik nama lengkap, Saidatul Naseha Uyaina Arshad ini pada ruangan komen.

Sambil teruja menantikan kehadiran permata hati sulung mereka, Uyaina turut memohon doa yang baik-baik daripada semua.