Wawa Zainal teruja sambut Aeril Zafril habis kuarantin

Wawa Zainal teruja sambut Aeril Zafril habis kuarantin

Sebelum ini, pelakon Aeril Zafril memaklumkan bahawa dirinya disahkan positif buat kali kedua walaupun dia hanya berada di rumah sahaja dan tidak pergi ke mana-mana tanpa tujuan yang tidak penting.

 

Aeril Zafril habis kuarantin buat kali kedua

Menerusi video yang di muat naik oleh isterinya, Wawa Zainal di Instagram, dia memberitahu bahawa suaminya kini telah habis kuarantin setelah dua kali disahkan positif Covid-19.

Alhamdulillah Aeril dah pun habis kuarantin. Dua kali positif Covid-19 tahun ini. Terima kasih ya rabb kau masih pinjamkan dia buat kami.

Pinjamkanlah kesayangan ku ini Ya Rabb hingga ke hari-hari tua kami. Amin ya rabbal alamin. Hargailah pasangan selagi masih ada. Ciptalah memori indah bersamanya.

Terima kasih Allah. Semoga kita semua dipelihara dan dilindungi dari Covid-19 yang semakin mengganas.

Di dalam video berkenaan turut memaparkan wajah Aeril yang begitu gembira dapat bertemu bersama isteri dan juga anak-anaknya. Wawa turut menghadiahkan sebiji kek untuk meraikan hari yang bermakna itu.

‘Hari ni ayah habis kuarantin’

 

Sumber : w4w4_zainal