Wartawan bagi laporan depan tasik, tidak sedar adegan cemas berlaku di belakang

Wartawan bagi laporan depan tasik, tidak sedar adegan cemas berlaku di belakang

Sebuah video yang telah mengundang lucu ramai di media sosial menunjukkan seorang wartawan sedang memberi laporan di hadapan kamera tanpa menyedar terdapat ‘berita’ lain yang sedang berlaku di belakangnya.

Seorang pengguna TikTok atas nama Samantha Rae berkongsikan rakaman menunjukkan abangnya yang merupakan seorang wartawan berita sedang memberi laporan tentang pembangunan tasik.

Pada permulaan video itu penonton dapat melihat terdapat sebuah trak di belakang wartawan berkenaan yang sedang cuba berundur dari jeti.

Namun tidak lama kemudian samar-samar kedengan bunyi menjerit, namun lelaki itu tetap meneruskan laporannya. Apabila dia selesai membuat laporan, wartawan tersebut menoleh ke belakang dan terkejut melihat trak di belakangnya telah terjunam ke dalam air.

Dipercayai keluarga itu cuba untuk mengeluarkan bot mereka dari belakang trak dengan mendekatkan kenderaan tersebut pada air, namun ia jelas bukan satu idea yang bijak.

Walaupun mereka berjaya mengeluarkan bot mereka, trak keluarga itu tenggelam ke dasar tasik. Sebaik melihat kejadian itu, wartawan berkenaan segera menyuruh jurukamera merakam adegan berkenaan sambil ketawa geli hati.

Dua orang lelaki dan seorang kanak-kanak yang berjaya keluar dari trak tersebut juga tidak dapat berbuat apa-apa dan beredar di dalam bot mereka.

“Berita sedang berlaku di belakang kau…”

“Memperkenalkan Nissan Titanic…”

“Sekurang-kurangnya dorang selamatkan bot…”