Waris ‘rap’ di majlis agama, wajah-wajah ustaz pula jelas tidak selesa.

Waris ‘rap’ di majlis agama, wajah-wajah ustaz pula jelas tidak selesa.

Terbaharu, tular sebuah video di platform Facebook memaparkan seorang penyanyi rap dari Negeri Sembilan iaitu Waris menyanyikan sebuah lagu rap dalam majlis agama.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana jelas terpampang raut wajah ustaz-ustaz di situ berasa kurang selesa dengan persembahan penyanyi itu kerana dianggap kurang sesuai.

Melihat dari video yang dimuat naik oleh seorang pengguna itu, seorang ustaz menundukkan kepalanya sambil dipegang, manakala yang lain pula tercengang melihat Waris.

Didapati video yang baru saja dimuat naik beberapa jam yang lalu telah mendapat perhatian ramai, sehingga ditonton sebanyak 50,000 kali dan lebih 400 komen dari netizen yang ditinggalkan di ruangan komen.

komen facebook

Advertisement

Meninjau di ruangan komen, hampir kesemua netizen meninggalkan komen berunsur kecaman terhadap penyanyi rap itu kerana berasa ia sememangnya tidak sesuai untuk dilakukan, lagi-lagi berada di majlis agama.