Warga emas sebak & terduduk, balik dari pusat kuarantin isteri dah meninggal 3 hari lepas

Warga emas sebak & terduduk, balik dari pusat kuarantin isteri dah meninggal 3 hari lepas

Bagaikan mimpi buruk. Seorang warga emas terduduk dan menangis apabila baru mengetahui berita akan kehilangan orang tersayang dalam hidupnya disebabkan Covid-19. Difahamkan, warga emas itu baru saja keluar dari pusat kuarantin akibat Covid-19 dan menerima berita kematian isterinya akibat wabak tersebut. Sedihnya…

Rindu separuh nyawa

@mami2nan

Rindu Separuh Nyawa 🌹❤️

♬ Rindu Separuh Nyawa – Naqiu & Vanessa Reynauld

Menerusi posting terdahulu, pengguna TikTok Raudhah Yatim memuat naik video dengan memaklumkan ibunya telah menghembuskan nafas terakhir pada 28 Mei 2021 lalu sekitar jam 7:45 pagi kerana dipercayai akibat Covid-19.

Abah balik tanpa mak

@mami2nan

Masa ni..abah baru balik rumah..lepas kuarantin..Baru 3hari mak pergi..Berilah kekuatan buat abah Ya Allah..🥺😭

♬ original sound – Ikmal Alif – Ikmal Alif

Anak kepada pakcik ini berkongsi video ringkas di laman sosial tersebut menyaksikan ayahnya itu sedih lalu terduduk kerana kehilangan orang tercinta dalam hidupnya. Pakcik berkenaan baru saja pulang dari pusat kuarantin tiga hari selepas isterinya meninggal dunia. Tiada kata-kata yang mampu diungkap, hanya tangisan dan doa menemani kenangan mereka pernah bersama.

Semoga pakcik kuat

Sumber: TikTok Raudhah Yatim