Warga emas Positif Covid-19 larikan diri ketika petugas kesihatan tiba di rumah

Warga emas Positif Covid-19 larikan diri ketika petugas kesihatan tiba di rumah

Seorang warga emas dilaporkan melarikan diri dari rumahnya di Kampung Kuala Tongod, Kinabatangan ketika kakitangan kesihatan datang untuk membawanya ke hospital kerana positif Covid-19. Memetik laporan BH Online, warga emas berusia 69 tahun itu melarikan diri dari kediamannya bersama bag pakaian kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Suspek tidak muncul

Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan iaitu Superintendan Dzulbahaarin Ismail melaporkan sekumpulan petugas dari Klinik Kesihatan Tongod ke rumah warga emas tersebut untuk memaklumkan dan persediaan kepada individu yang disahkan positif Covid-19 untuk dibawa ke Hospital Sandakan bagi proses kuarantin.

Menurut petugas dari Klinik Kesihatan Tongod berkata ketika mereka tiba di rumah tersebut mendapati warga emas berkenaan sedang mengemaskan barang-barang di luar rumahnya sebelum melarikan diri.

Petugas beranggapan lelaki itu sedang bersiap untuk dibawa ke hospital. Bagaimanapun, sebaik petugas kembali semula ke rumah lelaki itu, didapati rumahnya dalam keadaan berkunci dan tidak berpenghuni.

Petugas kesihatan kemudian pulang semula ke klinik dan menunggu warga emas terbabit. Namun suspek tidak muncul dan belum dikesan hingga saat ini.

Superintendan Dzulbahaarin khuatir sekiranya tindakan melarikan diri itu akan menjangkiti orang awam yang lain. Malah, usaha mengesan sedang dijalankan oleh polis dan petugas kesihatan.

Pihak polis juga mengalu-alukan orang awam untuk menghubungi talian 089-561890 (Pusat Kawalan Daerah Kinabatangan) sekiranya mempunyai maklumat mengenai warga emasi berusia 69 tahun itu.

Sumber: BH Online