Warga emas maut disengat tebuan tanah

Warga emas maut disengat tebuan tanah

Seorang wanita warga emas ditemui maut di kawasan hutan dipercayai disengat oleh tebuan tanah ketika hendak mencari rebung di hutan berhampiran Jalan Baru Semadong, Padang Besar semalam.

Memetik laporan Kosmo, mangsa yang dikenali sebagai Low Kai Lan, berusia 61 dan bekerja sebagai petani telah pergi kawasan hutan tersebut kira-kira pukul 12 tengahari.

Mangsa dikatakan tidak pulang dan gagal untuk dihubungi oleh anak-anaknya bertindak melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Beseri kira-kira pukul 3.30 petang.

Sejurus selepas laporan itu, enam sukarelawan polis kemudian telah pergi ke kawasan berkenaan untuk mencari mangsa yang dilaporkan hilang itu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata, pihak mereka telah menemui mangsa di kawasan berhampiran dengan rimbunan pokok buluh kira-kira pukul 7.15 malam dan mendapati terdapat kesan sengatan.

Mayat mangsa ditemui berhampiran rimbunan pokok buluh kira-kira pukul 7.15 malam dan hasil pemerhatian awal pada mayat mangsa mendapati terdapat kesan sengatan tebuan tanah dianggarkan antara 40 hingga 50 sengatan.

Saidufin berkata, Kakitangan Klinik Kesihatan Beseri mengesahkan kematian mangsa dan mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat.

Kredit: Kosmo!