Warga emas ditemui meninggal dunia di kerusi menunggu kaunter JPJ

Warga emas ditemui meninggal dunia di kerusi menunggu kaunter JPJ

Seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri terduduk di kerusi menunggu di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Bangi pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Assisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 76 tahun.

Zaid memberitahu dalam satu kenyataan, pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut dari seorang individu pada jam 10.21 pagi tadi.

“Ambulans telah dihubungi dan kematian warga emas tersebut telah disahkan oleh pegawai kesihatan,” jelas Zaid, memetik laporan Kosmo.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkait kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat atau mana-mana balai polis terdekat,” tambahnya.

 

Menurut laporan Kosmo, Zaid berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Kosmo