‘Wap bunga cengkih boleh sembuhkan COVID-19, dah dibuktikan oleh pesakit positif’ – Suhaimi Saad

‘Wap bunga cengkih boleh sembuhkan COVID-19, dah dibuktikan oleh pesakit positif’ – Suhaimi Saad

Bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad memberitahu kepada orang ramai di Instagram mengenai rawatan alternatif lain yang boleh merawat penyakit wabak COVID-19.

Menurut Suhaimi, sebelum ini dirinya pernah dijangkiti demam, selsema serta batuk berpanjangan namun setelah membuat rawatan wap bunga cengkih, dia kembali sembuh seperti biasa.

Katanya dalam sebuah hantaran video di Instagram nya,

Ini merupakan satu kaedah atau teknik rawatan alternatif selain pengambilan vaksin. Saya dah cuba, alhamdulillah baik sebab sebelum ini ada kena batuk dan selesama serta macam demam tak demam 3, 4 hari lepas.

Masukkan air separuh periuk dan segenggam bunga cengkih selepas itu rebuskan kemudian guna corong atau penapis dan sedut wapnya ketika panas. Dah dibuktikan oleh pesakit yang positif COVID-19.

Sedia maklum, suami kepada Ina Naim itu terkenal dengan pendiriannya yang anti-vaksin dan ubat-ubatan moden, malah dia juga tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah hanya mengajar di rumah sahaja.

 

SUMBER : Gempak