Wanita viral tanpa 2 tangan bertunang, bakal ibu mertua sarungkan gelang kaki
Dilahirkan tanpa kedua-dua belah kanan, sewaktu 2019 lalu wanita bernama Norfarrah Syahirah telah viral kerana kemahirannya memandu kereta menggunakan kaki. Semangat juangnya yang keras belajar berdikari melakukan semua rutin harian tanpa mengharapkan bantuan atau ihsan orang lain cukup membuatkan netizen merasa kagum.
Farrah & Zul sedondon berbaju hijau mint ketika majlis pertunangan
Dalam perkongsian terbaru, Farrah yang kini berusia 34 tahun telah berkongsikan detik bahagia majlis pertunangannya dengan seorang lelaki bernama Zul. Dalam beberapa gambar yang dimuat naik ke laman Instagram, pasangan berkenaan dilihat sedondon mengenakan baju berona hijau lembut.
@norfarrahsyahirahshaari Alhamdulillah.. selesai majlis untuk hari nie❤️❤️#tiktokmalaysia🇲🇾
One step closer…Bakal ibu mentua tersenyum manis pakaikan Farrah gelang kaki
Selain daripada itu, saat ketika bakal ibu mentuanya memakaikan gelang kaki juga menarik perhatian ramai. Walaupun majlis pertunangan itu berlangsung dalam suasana sederhana, senyuman bahagia yang terukir di wajah mereka berdua cukup mengharukan sekali.
Dahulu Farrah pernah mendirikan rumah tangga namun jodoh terhenti di tengah jalan
Melalui temubual dengan portal Kashoorga yang diterbitkan 26/12/2019 dulu, Farrah ada berkongsikan sebenarnya dia pernah berkahwin sebelum ini namun ia tidak berkekalan. Justeru apabila bercakap soal jodoh, dia tidak menolak kehadiran pengganti baru yang diharapkan dapat menerima dirinya seikhlas hati.
Kredit : TikTok NorfarrahSyahirah, IG Norfarrah Syahirah, Portal Kashoorga