Wanita terjatuh ketika berbuai di tepi tebing buat ramai terkejut

Wanita terjatuh ketika berbuai di tepi tebing buat ramai terkejut

Dua wanita terselamat dengan hanya cedera ringan setelah terjatuh dari buaian yang terletak di pinggir tebing setinggi 6,300 kaki di Rusia.

Kedua-dua wanita itu menaiki buaian di atas Sulak Canyon yang terletak di Republik Dagestan apabila salah satu tali buaian terputus ketika mereka sedang diayun oleh seorang lelaki dari belakang, membuat mereka terjatuh dari tebing tinggi tersebut.

Mujur sebuah pelantar kayu kecil yang terletak tepat di seberang tebing mengurangkan impak hentaman sekali gus menyelamatkan nyawa mereka.

Video yang tular menunjukkan penonton bersorak setiap kali dua wanita itu ditolak ke udara, sebelum sorakan mereka bertukar menjadi jeritan ketakutan.

Kedua-dua wanita hanya mendapat kecederaan kecil, walaupun laporan mengatakan mereka trauma dengan kejadian itu.

Sumber akhbar Rusia juga mengatakan kejadian itu mungkin berakhir dengan buruk jika kedua-dua wanita itu terjatuh ketika sedang di ayunan maksimum.

Polis juga sedang melancarkan penyiasatan tentang kekurangan langkah keselamatan di kawasan tarikan pelancong itu, sementara Kementerian Pelancongan juga mengakui lokasi tarikan itu tidak memenuhi piawaian keselamatan.

“dh boleh agak bila swing dia x straight…”

“berhenti jap jantung aku…”

“apo takde pakai safety harnesses…”

“baik tak payah la cuba…”

COMMENTS