Wanita tabah jaga suami sakit, kendong turun naik tingkat empat “dia suami & surga saya”

Wanita tabah jaga suami sakit, kendong turun naik tingkat empat “dia suami & surga saya”

Pengorbanan seorang wanita menjaga suaminya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal mengundang perhatian warganet di laman Facebook.

Kisah wanita dikenali sebagai Cikgu June itu dikongsi seorang aktivis kemanusiaan, Hamsatul Hamzah yang tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan tersebut baru-baru.

Menurut Hamsatul, Cikgu June terpaksa menggendong suaminya Mazlan Othman turun naik di bangunan kediaman mereka setiap kali melakukan rawatan susulan di hospital.

“Memahami kepayahan yang dihadapi oleh seorang isteri yang tabah dan setia, dimana setiap kali adanya rawatan susulan di hospital, beliau akan mengendong suaminya yang sakit dari tingkat 4 kediaman mereka sehingga ke bawah.
“Tanpa jemu sentiasa berada disamping suami apabila tiap kali adanya janji temu berjumpa dengan doktor,” tulisnya.

Hamsatul berkata, pihaknya dengan kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat telah meringankan beban pasangan tersebut.

@hamsatulhamzah

Memahami kepayahan yg dialami olh Cikgu June, seorg is3 yg tabah dan setia, kami membantu semampu mungkin. Dgn kerjasama Persatuan OKU Berdaya, kini Cikgu June tidak perlu lg mengendong suaminya turun ke bawah. #ziarahkebajikan #MuslimatBangi #AndadiHatiKami #prihatin #bersihdanstabil #CapCut

♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali

“Kini, beban beliau dapat dikurangkan apabila Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat bersama-sama membantu beliau membawa suaminya ke hospital.
“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Cikgu June sekeluarga dan Allah mengurniakan sebaik-baik kesembuhan buat suami beliau,” kata Hamsatul.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsi mengenai punca kesakitan dihadapi oleh suami Cikgu June yang dipercayai sudah lama terlantar sakit sehingga tidak mampu menguruskan diri.

Sementara itu, Cikgu June yang dipercayai guru tadika itu dilihat sekali sekala berkongsi keadaan suaminya menerusi muat naik video di aplikasi TikTok.

@junenick81

😘😘😘

♬ suara asli – 자흐라🐯🐰vk – jahkira🐯🐰

@junenick81

Semoga suamiku cepat sembuh seperti sediakala ❤️

♬ original sound – azamstailo – jb_fans🔥

@junenick81

Dia… Suamiku… Syurgaku…. Sentiasa ceria walaupun perit menangung derita. Doaku semoga Allah permudahkan segala urusan suamiku sentiasa ❤️❤️❤️

♬ Dengarlah Bintang Hatiku – Demeises

Meninjau reaksi netizen, rata-rata meluahkan rasa simpati dan mendoakan wanita tersebut terus cekal serta tabah menjaga suaminya selain pengorbanan dibalas Allah SWT.

Sumber: Facebook Hamsatul Hamzah , TikTok June Nick