Wanita sibuk menari ketika trafik sesak terima padah, “Dia tampar penutup minyak sampai tercabut…”

Wanita sibuk menari ketika trafik sesak terima padah, “Dia tampar penutup minyak sampai tercabut…”

Pasti ramai yang ingat Kiki Challenge, sebuah cabaran yang pernah tular di TikTok di mana individu keluar dari kereta dan menari mengikut kereta yang sedang bergerak.

Sejak cabaran itu menjadi trend, ramai yang gemar melakukan aksi itu apabila diberi peluang seperti ketika jalan raya lengang atau trafik bergerak perlahan. Namun ternyata menari di luar kereta yang sedang bergerak boleh mendorong kepada pelbagai perkara buruk.

Itulah yang dapat disaksikan dalam sebuah video yang tular ini apabila seorang wanita keluar dari keretanya untuk menari dalam trafik yang sesak.

Dalam video yang dikongsikan di Twitter dan telah meraih 1.3 juta tontonan, seorang wanita bertindak membuka pintu kereta dan bergelek di hadapan kereta belakang yang merakam aksinya itu.

Pemandu kereta itu membunyikan hon menyuruh wanita tersebut masuk ke dalam kereta dan bergerak, namun kerana dia masih sibuk menari, pemandu kereta yang dinaikinya bergerak terlebih dahulu sehingga melanggar jari kaki wanita berkenaan.

Akibatnya wanita itu menjerit kesakitan dan memukul kereta yang dinaikinya itu sehingga penutup minyak tertanggal sebelum memarahi pemandunya, membuat pemandu yang merakam insiden itu ketawa berdekah.

“Macam mana dia pukul penutup minyak tu sampai tertanggal…”

 

“Aku akan tinggalkan dia kat situ…”