Wanita sebak anak angkat dijaga 13 tahun direbut ibu kandung secara paksa

Wanita sebak anak angkat dijaga 13 tahun direbut ibu kandung secara paksa

 

Walaupun bukan dilahirkan daripada rahim sendiri, naluri seorang wanita yang mengambil anak angkat tetap menyayangi anak itu umpama zuriat kandung sendiri.

Namun bagi seorang wanita bernama Dharni Ramannie ini, kebahagiaan menjalani kehidupan dengan anak angkatnya yang bernama Uzma malah direntap secara tiba-tiba.

Menerusi perkongsian di Facebook, pihak ibu kandung Uzma datang dari semenanjung dan meluru ke rumah mereka bagi mengambil remaja tersebut secara paksa.

13 tahun sudah ditatang bagaikan minyak yang penuh, bukan senang untuk mereka lepaskan Uzma pergi sedrastik itu apalagi menggunakan cara kekerasan.

@bundehf

ya Allah😭😭😭😭😭😭

♬ original sound – Gempak – Gempak

Keesokannya selepas kejadian berlaku, Dharni sekeluarga telah pergi ke balai polis kerana pihak keluarga kandung menuduh mereka lakukan kekerasan kepada Uzma.

Lebih teruk lagi, peluang bertemu di balai membuatkan keluarga terbabit sekali lagi cuba membawa Uzma pergi tanpa kerelaan.

Sudah 14 minggu berlalu, Dharni cukup hiba menanggung rasa kerinduan yang cukup berat kepada Uzma sehingga kesihatannya terjejas.

Hatinya bertambah pilu setelah mengenangkan Raya Aidilfitri kali ini bakal disambut tanpa Uzma di sisi mereka.

Dedahnya sebelum ini, hasrat untuk mengambil semula Uzma sudah diutarakan oleh si ibu kandung.

Maka Dharni yang sudah berlapang dada ada menggalakkan si ibu mengambil hati Uzma dahulu secara berperingkat.

Namun mereka tidak sangka pengakhirannya jadi begini.