Wanita sangka dicabul hantu ketika tidur, ternyata meleset terkejut lihat pelaku sebenar dari CCTV

Wanita sangka dicabul hantu ketika tidur, ternyata meleset terkejut lihat pelaku sebenar dari CCTV

Sangkaan seorang wanita yang percaya bahawa dia dicabul oleh hantu ternyata meleset apabila mengetahui bahawa pelaku sebenar jenayah tersebut sebenarnya adalah pemilik rumah yang disewanya.

Wanita berkenaan yang tinggal di kompleks perumahan awam HDB mendedahkan seringkali merasa ada ‘sesuatu’ yang menyentuh tubuh termasuk menciumnya ketika tidur. Pada mulanya, dia beranggapan ada gangguan makhluk halus dirumah yang dihuninya itu.

Namun, perkara sebernar terbongkar apabila rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan bahawa pelakunya merupakan pemilik rumah tersebut itu sendiri dan jenayah berkenaan langsung tiada kena mengena dengan aktiviti paranormal.

Memetik Daily Star, pelaku telah berjaya ditahan, namun mengaku tidak bersalah  dua pertuduhan melakukan serangan seksual kepada mangsa. Difahamkan, mangsa telah memberikan keterangan hal tersebut pada 29 Ogos 2022 lalu di Mahkamah.

Menerusi keterangannya, dia dan teman lelakinya mula menyewa di rumah flat tersebut pada bulan Mei tahun lalu dan mendakwa tuan rumah telah mengadakan pesta untuk mengalu-alukan kehadiran mereka sebagai penghuni baru pada bulan berikutnya.

Disebabkan terlalu mabuk, wanita itu dikatakan tertidur di dalam bilik mandi sebelum menyedari dia dicium sambil dibelai oleh seseorang yang tidak dapat dikenal pasti.

Pada awalnya, dia menyangka bahawa itu adalah teman lelakinya namun hanya melihat satu bentuk ‘bayang-bayang gelap’. Lebih aneh lagi, dia mendakwa bahawa teman lelakinya itu tidak mempunyai rambut dan botak, manakala susuk yang dianggap ‘hantu’ itu mempunyai rambut yang agak lebat.

Difahamkan, wanita itu mendakwa kejadian itu berlarutan hingga hampir 10 minit sebelum teman lelakinya tiba di bilik selepas mandi.

Disebabkan trauma dengan apa yang telah berlaku, pasangan ini telah berpindah ke rumah yang baru pada Ogos dan wang deposit mereka juga turut dipulangkan oleh isteri pemilik tuan rumah berkenaan.

Sumber: Daily Star