Wanita rakam video dera anak sendiri, hantar dekat suami sebab berang kena tinggal

Wanita rakam video dera anak sendiri, hantar dekat suami sebab berang kena tinggal

Seorang ibu muda yang berusia 25 tahun sanggup merakam penderaan anaknya sendiri yang baru berusia dua minggu lalu menghantar video berkenaan kepada suaminya di Lebak, Indonesia.

Wanita berkenaan cuba untuk membunuh diri

Sekadar gambar hiasan

Menurut Unit Siasatan Jenayah Polis Lebak Resort, Iptu Indik Rusmono, ibu muda tersebut mengalami kecederaan pada lengan kirinya kerana ingin membunuh diri selepas mendera anaknya itu. Kecederaan yang ada pada suspek merupakan luka akibat penggunaan senjata tajam.

Ibu saudara mangsa, Nani Nurjanah memberitahu bahawa keluarganya enggan menarik balik laporan yang telah dibuat terhadap wanita berkenaan kerana dia telah menyeksa cucu saudaranya itu.

Ketika itu, dia ingin membunuh diri dengan mencederakan lengannya sendiri. Setelah itu, saya tidak tahu lagi.

Berkahwin sampai tiga kali

Sekadar gambar hiasan

Lebih mengejutkan lagi apabila wanita tersebut sebenarnya telah berkahwin sebanyak tiga kali dan anak yang diseksanya itu merupakan anak daripada perkahwinannya yang ketiga.

Nani mengatakan bahawa mereka telah berkahwin pada awal tahun 2020 dan pada mulanya perkahwinan mereka tidak direstui oleh pihak keluarganya. Walau bagaimanapun, keluarganya merestui perkahwinan terbabit setelah dipujuk oleh suami kepada suspek berkenaan.

Penderaan yang dilakukan oleh suspek dikatakan berpunca daripada kemarahan terhadap suaminya kerana suaminya pergi bekerja dan telah meninggalnya bersama anak di rumah.

Sebenarnya, dia kesal sebab anak saudara saya bekerja. Kini dia berurusan dengan kes COVID-19. Isterinya mengingatkan suaminya itu saja untuk keluar tapi sebenarnya tidak.

Menyesal dengan perbuatannya

Akibat daripada itu, wanita berkenaan mengamuk lalu mendera anaknya sendiri sambil merakam perbuatan kejamnya itu dengan menggunakan telefon bimbitnya dan telah menghantar rakaman terbabit ketika suaminya baru sampai di tempat kerja.

Akhirnya, wanita berkenaan menyesal dengan perbuatannya dan dia mengakui bahawa dia buat demikian bukan kerana tidak merasa kasihan terhadap anaknya, namun disebabkan dia berasa kesal dan emosi terhadap suaminya.

Wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis di sebuah hotel di Bandar Serang dan suspek akan siasat mengikut Pasal 44 Paragraf 1 Undang-Undang Nomor 23 Tahun 2004 iaitu Penghapusan Kekerasan Rumah Tangga serta Pasal 76C dan Pasal 80 Undang-Undang Nomor 35 Tahun 2014 iaitu Perlindungan Anak dengan hukuman lima tahun penjara.

Sumber : Tribunnews