Wanita potong alat kelamin suaminya dan memasaknya

Wanita potong alat kelamin suaminya dan memasaknya

Seorang wanita di Brazil berjaya ditahan kerana didakwa telah membunuh suaminya.

Menurut portal BC Focus, wanita tersebut juga turut didakwa memotong dan memasak alat kelamin suaminya itu selepas membunuhnya.

Wanita yang berusia 33 tahun itu telah berjaya ditangkap oleh pihak polis di bandar Brazil, Sao Goncalo pada 7 Jun. Difahamkan, wanita ini telah membunuh suaminya sewaktu mereka sedang bertengkar untuk berpisah.

Kes tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis oleh jiran suspek. Ketika polis tiba di tempat kejadian, mereka telah menemui mayat seorang lelaki yang tidak bernyawa, telanjang dan dicacatkan.

Pegawai polis menyatakan bahawa isterinya telah memotong zakarnya dan kemudian memasaknya dalam kuali bersama dengan minyak kacang soya. Mereka percaya bahawa jenayah itu berlaku sekitar jam 4 pagi ketika pasangan itu sedang bertengkar untuk berpisah.

Polis dilaporkan menjumpai sebilah pisau yang digunakan untuk memotong sayur di tempat kejadian. Polis menyatakan bahawa wanita berkenaan pada mulanya membunuh suaminya itu dengan menggunakan senjata tersebut. Kemudian, dia memotongnya kepada beberapa bahagian. Wanita yang ditangkap itu didakwa atas tuduhan membunuh dan menodai mayat.

Menurut laporan, kedua pasangan ini telah hidup bersama selama 10 tahun dalam 12 tahun. Namun, sejak dua tahun kebelakangan ini, mereka tinggal berasingan kerana tidak sehaluan. Walaupun begitu, kedua-duanya sering berjumpa. Mereka mempunyai anak lelaki berusia lapan tahun dan anak perempuan yang berusia lima tahun. Masih belum diketahui di mana kanak-kanak itu berada ketika kejadian berlaku. Dikatakan bahawa mereka berdua mempunyai restoran pizza bersama.

Menurut laman berita UOL, pasangan itu telah pergi ke sebuah bar pada malam kejadian. Di sana mereka telah bertengkar antara mereka berdua sambil minum minuman keras dan makan. Peguam wanita itu mendakwa bahawa suami wanita tersebut mengancam untuk membunuhnya.

Susulan daripada itu, si isteri didakwa terpaksa membunuh suaminya untuk mempertahankan dirinya. Namun, adik kepada suaminya itu menyatakan bahawa wanita berkenaan telah membunuh abangnya untuk membalas pengkhianatannya.

Sumber: BCFocus