Wanita mengaku tidak suka bermain barbie doll dengan anak, ramai dapat relate

Wanita mengaku tidak suka bermain barbie doll dengan anak, ramai dapat relate

Berbeza dengan lelaki, ramai wanita yang tidak pandai bersosial dengan kanak-kanak seperti bermain olok-olok atau bermain dengan permainan dan anak patung.

Mungkin kerana personaliti wanita yang lebih matang sementara lelaki tidak hilang sikap keanak-anakkan mereka walaupun setelah dewasa, ramai ibu yang mendapati susah untuk mereka menggunakan imaginasi ketika bermain dengan anak-anak kecil.

Itulah juga yang dikongsikan oleh seorang wanita ini yang mengaku benci bermain anak patung Barbie dengan anak perempuannya.

Lynn Marie dari Indiana baru-baru ini membuat pengakuan itu di TikTok apabila anak perempuannya mengajak dia bermain Barbie doll bersama-sama.
@backbreaker_lynn

Parenting is hard, even when it’s easy. The little things really are the big things. Who knew?! #momsoftiktok #parenting #10minutes

♬ original sound – Lynn Marie

Menurut ibu itu, dia sanggup membawa anaknya berjalan-jalan, tapi dia tidak suka bermain dengan anak patung. Walau bagaimanapun wanita itu rasa bersalah kerana anak perempuannya adalah anak tunggal dan tiada adik beradik lain, jadi dia pun setuju untuk teman anaknya bermain.

Lynn berkata dia langsung tidak bersungguh-sungguh dan hanya bermain ala kadar sahaja selama lebih kurang 10 minit, dan pada keesokkan hari, anaknya bangun tidur dengan mood yang ceria.

Sebelum pergi ke sekolah kanak-kanak tersebut mengajak ibunya untuk bermain dengannya lagi nanti, dan wanita itu berfikir ‘oh tidak’ dalam hatinya.

Tetapi apabila anaknya berkata bahawa dia sangat gembira bermain dengan ibunya, wanita itu sedar bahawa walaupun dia tidak bersungguh-sungguh bermain anak patung dengan anaknya, saat itu sangat bermakna buat kanak-kanak berkenaan.

Luahan hati wanita tersebut memberi pengajaran kepada ramai ibu yang turut mengaku tidak gemar bermain dengan anak-anak kecil mereka.