Wanita mengaku bekas kekasih Ryan Bakery, netizen tuduh lapar perhatian
Siapa sahaja yang tidak mengenali Ryan Bakery? Ryan Bakery ialah seorang pencipta konten di media sosial yang terkenal dengan video-video kenangan semasa kita kecil dahulu.
Ryan Bakery semakin dikenali selepas pemuda ini dijemput sebagai artis jemputan dalam Sepahtu Reunion Live dan menjadi duta rasmi peniagaan milik Shuib Sepahtu, Bubblebee. Sehingga ke hari ini, video-video Ryan Bakery sentiasa mencuit hati peminat.
Wanita mengaku bekas kekasih
Baru-baru ini, seorang wanita ada memuat naik sebuah video di TikTok dan mengaku bahawa dia ialah bekas kekasih personaliti media sosial, Ryan Bakery. Pengakuan ini dibuat menerusi video yang berdurasi selama 15 saat.
Menerusi video tersebut, rakaman menunjukkan sekeping gambar lama seorang lelaki yang dipercayai ialah Ryan Bakery. Kemudian, suara latar di dalam video tersebut bertanyakan soalan kepada wanita yang mengaku bahawa dia ialah bekas kekasih Ryan Bakery.
Ex awak ke?”
“Aah ex saya. Ex ingat kita tak?, ujar wanita tersebut.
arganet dakwa lapar perhatian
@yayaketuuu terdesak sangat ke sis nak famous? respect la sikit dia tu tunang orang. pelik eh perempuan sekarang #ryanbakery #fyp #fypシ #fypage #fypdongggggggg #fypシ゚viral @𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮
arganet dakwa lapar perhatian
Video tersebut ternyata tular dan mendapat perhatian ramai warganet. Hasil tinjauan di ruangan komen mendapat rata-rata mengecam tindakan wanita ini yang dikatakan sengaja mahukan perhatian dan mahu menumpang populariti Ryan Bakery.
Ada juga yang mendakwa wanita tersebut tidak menghormati Ryan Bakery yang dikatakan sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Semoga Ryan diberi ketetapan hati untuk terus setia dengan tunang dia,” tulis seorang individu.
Untuk pengetahuan semua, wanita tersebut kini sudah pun mengunci akaun TikTok miliknya selepas menerima kecaman dari warganet.