Wanita memancing atas bot bersama beruang untuk buktikan haiwan itu tidak berbahaya

Wanita memancing atas bot bersama beruang untuk buktikan haiwan itu tidak berbahaya

Seorang wanita Rusia yang berani mengatakan bahawa dia bukan sengaja mencari pasal apabila membuat keputusan untuk membawa seekor beruang perang yang besar pergi memancing di atas bot.

Veronika Dichka yang memiliki haiwan liar itu menghabiskan waktu petang untuk menangkap makan malam untuknya di sebuah tasik di Novosibirsk, Rusia.

Dalam gambar yang dikongsikan, beruang perang yang diberi nama Giant Archie itu kelihatan berseronok melakukan aktiviti itu, malah dia juga tidak kisah menggantikan Veronika yang penat untuk mendayung bot.

Mereka menghabiskan banyak waktu bersama sehingga dia benar-benar yakin bahawa haiwan liar tersebut yang berpotensi mencederakan manusia tidak akan bersikap ganas terhadapnya.

0_PAY-BEAR-TAKING-PADDLE (1)
Kredit foto: VERONIKA DICHKA

Veronika mengatakan bahawa mereka telah membentuk ikatan persahabatan yang erat dan saling menghargai satu sama lain malah dia tidak bimbang jika ada masalah dalam hubungan mereka.

 

Veronika mengatur sesi photoshoot untuk menunjukkan betapa luar biasa dan selamat dirinya di sisi ‘rakannya’ itu dan Archie yang gemar bermain air juga suka dibawa bersiar-siar ke tempat baru.

0_PAY-BEAR-TAKING-PADDLE
Kredit foto: VERONIKA DICHKA

Wanita itu berkata bahawa beruang tersebut melihatnya sebagai ahli keluarganya sendiri di mana mereka berkongsi makanan, tidur di tangannya ketika takut, dan bersembunyi di belakangnya.

Archie tidak dapat dilepaskan ke habitat semula jadinya kerana dia telah hidup di dalam kurungan sepanjang hidupnya.