Wanita maut, anak putus kaki dalam nahas babit 8 buah kenderaan di Pasir Putih

Wanita maut, anak putus kaki dalam nahas babit 8 buah kenderaan di Pasir Putih

 

 

 

 

 

 

 

Satu lagi kemalangan melibatkan treler dilaporkan telah berlaku di Jalan Kemunting, Pasir Puteh sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut manakala dua kanak-kanak parah.

Memetik laporan Astro Awani, kemalangan yang berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan seorang daripada kanak-kanak itu mengalami putus kaki.

Difahamkan kemalangan itu berlaku apabila treler yang membawa muatan besi terbalik dan menghempap mangsa, enam buah kenderaan, dua buah motosikal dan 21 buah basikal.

nahas babitkan enam buah kenderaan

nahas babitkan enam buah kenderaan

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, PBK II Siti Nor Raihan Mohamad Harami berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila pemandu treler tersebut gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkannya terbalik.

Sementara itu, penunggang motosikal yang maut merupakan seorang wanita berusia 30-an manakala kanak-kanak lelaki berusia bawah 12 tahun yang putus di bahagian paha dipercayai anak mangsa yang membonceng motosikalnya.

Kemalangan itu juga melibatkan 21 penunggang basikal dari kumpulan kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Hospital USM Kubang Kerian.

Pun begitu, hanya seorang penunggang sahaja yang dilaporkan mengalami cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan.

Dalam pada itu, siasatan awal mendapati treler berkenaan mengalami masalah brek.

Sumber: Astro Awani