Wanita kongsi ‘keistimewaan’ politik di Nigeria, “Apa salah binatang…”

Wanita kongsi ‘keistimewaan’ politik di Nigeria, “Apa salah binatang…”

Isu politik adalah masalah yang dihadapi oleh mana-mana negara sekalipun baik negara dunia ketiga mahupun negara maju seperti Amerika Syarikat.

Hal ini berlaku kerana ramai orang berjawatan dalam kerajaan menyalahgunakan kuasa bagi kepentingan diri sendiri.

Biasanya isu-isu politik yang timbul adalah melibatkan wang sehinngga rakyat jelata tertindas sementara pemerintah dapat melepaskan diri dengan mudah menggunakan penipuan.

Namun dengan perkembangan media sosial, rakyat biasa berpeluang untuk mendedahkan tipu helah kerajaan dan menyuarakan rasa tidak puas hati.
@frauloewenherz

I’m really interested in your responses on this! #politics #fyp #education #internationalpolitics #leftist #german #democrats

♬ original sound – FrauLöwenherz (Leonie)

Seperti baru-baru ini, sebuah trend tular di TikTok di mana pengguna berkongsikan ‘keistimewaan’ politik di negara mereka.

Walaupun ada segelintir yang berkongsikan ciri-ciri positif tentang kerajaan masing-masing seperti Kanada mempunyai perdana menteri yang kacak dan Ireland mempunyai presiden wanita 2 tahun berturut-turut, namun rata-ratanya berkongsikan perkara-perkara negatif tentang politik di negara mereka.

Salah satu perkongsian yang paling mencuri perhatian adalah perkongsian dari wakil Nigeria yang berkongsikan bagaimana dana kerajaan mereka sering ‘hilang’.

Namun apa yang membuat ramai geli hati adalah alasan-alasan yang diberikan kerajaan di mana mereka menyalahkan haiwan, seperti 36 juta Naira Nigeria di dalam peti besi ditelan ular, atau monyet menceroboh bangunan kerajaan untuk mencuri 70 juta Naira Nigeria. Malah burung juga boleh mengambil berjuta-juta duit dan tiada siapa yang tahu bagaimana mereka akan menggunakannya.