Wanita kantoi ambil makanan oder delivery orang lain di hospital “pergi blah dengan kau punya halal”

Wanita kantoi ambil makanan oder delivery orang lain di hospital “pergi blah dengan kau punya halal”

 

 

 

Seorang individu ada membuat pendedahan di Facebook mengenai seorang wanita penipu yang telah mencuri makanan kepunyaan individu lain yang dipesan menerusi servis penghantaran makanan Foodpanda.

Kejadian yang dipercayai berlaku di hospital Perak itu didakwa melibatkan seorang scammer wanita yang licik dengan mengaku sebagai pemesan makanan dan hanya menunggu pesanan makanan orang lain diserahkan kepadanya.

Facebook

Facebook

Difahamkan, pengawal keselamatan hospital tersebut telah berjaya mengesan wanita tersebut dan kelakuan scammer tersebut didakwa sangat kurang ajar dan tiada adab.

Siap makan makanan dengan muka tak bersalah. Dan perkataan amat kurang ajar, tak ada..sama naik pesakit dan penjaganya. Tak ada minta maaf.

Ayat terakhir dari scammer ‘pergi blah dengan kau punya halal’. Baki makanan ada empat bungkus lagi letak kat lantai.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengecam tindakan wanita itu yang kurang ajar dan mencemarkan imej seorang wanita Islam dan bertudung.

Mangsa order makanan daripada Foodpanda. Apabila rider sampai hospital, scammer dah tunggu siap-siap dekat depan tempat delivery dan cubaan mengaku sebagai pemesan makanan yang mana bayaran sudah dibuat secara online.

Situasi itu kemudiannya membuat penghantar makanan berasa serba salah kerana pesanan makanan yang patutnya dihantar kepada orang sepatutnya telah diambil wanita itu.

Screenshot 2022 06 07 181643 Screenshot 2022 06 07 181829

Haih, masalahnya baik penjaga, baik pesakit sama biadap, dah lah curi makanan orang, masuk darah daging tu. Harap kita dijauhkan dari perbuatan buruk ni