Wanita dirogol dua lelaki dalam bas

Wanita dirogol dua lelaki dalam bas

 

Seorang wanita berusia 20 tahun diperkosa dua pemandu bas ketika kenderaan itu dalam perjalanan dari Jaipur ke Uttar Pradesh, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Mangsa sedang duduk di tempat duduk penumpang bas persendirian tersebut sebelum diperkosa dua suspek yang dikenali sebagai Arif dan Lalit.

Ketua Balai Polis Kanota, Bhagwan Sahay Meena berkata, Arif telah ditangkap dan kini menghadapi pertuduhan, manakala Lalit melarikan diri dan kini dalam buruan polis.

Tambah Bhagwan Sahay, terdapat beberapa penumpang lain di dalam bas itu, manakala mangsa berada di dalam kabin yang ditutup dari dalam.

Mangsa menekan penggera sebelum penumpang lain berjaya menghentikan bas tersebut lalu menangkap suspek pertama.