Wanita dakwa Kasih Iris Leona main cinta dengan suaminya, kikis RM3000 sebulan
Kasih Iris Leona dituduh mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki berstatus suami orang.
Dakwaan tersebut dibuat oleh seorang wanita dikenali sebagai Nor Azira Osman Said yang mendakwa Leona memperdaya suaminya untuk mendapatkan wang bulanan sebanyak RM3,000 sehingga menyebabkan duit simpanan mereka habis.
Wanita tersebut membuat dakwaan itu secara terang-terangan menerusi ruangan komen di laman Instagram milik Azhar dan meminta aktor itu bertanggungjawab terhadap tindakan Leona cuba merampas suaminya.
Malah individu itu turut menguguut untuk membuat laporan polis sekiranya Azhar tidak memulangkan wang berkenaan.
“Tanya Kasih Iris Leona tentang wang yang digunakan sepanjang mempunyai hubungan dengan suami saya.
“Kira semua jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk bayar hotel, tiket penerbangan, makanan dan semua yang berkaitan dengan percutian ketika dia ada hubungan dengan suami saya.
“Untuk pengetahuan, anak awak telah menghabiskan duit saya sebanyak RM3,000 sebulan. Minta dia kembalikan wang saya selepas mengambilnya dengan memperdayakan suami saya,” katanya.
Dalam pada itu, individu berkenaan turut mendakwa Leona mempunyai hubungan sulit dengan suaminya tanpa ada sebarang niat untuk berkahwin dengannya.
Malah Nor Azira turut menuduh Leona sebagai scammer dan cuba memperdayakan suaminya.
“Dia menipu suami saya tanpa ada niat untuk berkahwin dengannya atau saya akan buat laporan polis,” katanya lagi.
Tidak berdiam diri dengan tuduhan itu, Azhar turut menghubungi dan menghantar pesanan mesej WhatsApp kepada wanita itu bagi meminta bukti tuduhan yang dibuat terhadap anaknya.
Wanita itu memberitahu dia mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan Leona gara-gara lelaki itu membuat ciapan semula (retweet) satu status dimuat naik Leona sebelum ini.
Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : mStar Online