Wanita buka tudung dan pakaian atas pentas lepas mengaku hafaz 15 juzuk al-quran

Wanita buka tudung dan pakaian atas pentas lepas mengaku hafaz 15 juzuk al-quran

 

 

 

 

 

 

Tular sebuah video memaparkan seorang wanita bertindak menanggalkan pakaiannya di atas pentas dalam sebuah acara yang dipercayai berlangsung di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Seorang pengguna laman Facebook, Ibrahimsaleh Kediok berkongsi video itu yang pada mulanya kelihatan wanita tersebut mengenakan baju kurung dan berhijab sambil memperkenalkan diri.

 

“Hello & Assalamualaikum semua. Nama saya Siti ****** binti Abdullah. Saya berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Saya Melayu & Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk al-Quran. Tapi, sekejap..” katanya.

Selepas memperkenalkan dirinya kepada penonton, wanita berkenaan meletakkan mikrofon dan mula menanggalkan persalinannya termasuk hijab yang dipakai sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, kedengaran suara penonton bersorak seperti gembira dengan tindakan dilakukan wanita terbabit yang secara terang-terangan mempersendakan agama Islam.

Posting tersebut dikongsi sebanyak 5,900 kali dan 4,500 komen netizen dimana rata-rata meluahkan kemarahan serta mengecam perbuatan biadab wanita berkenaan.

Tidak kurang terdapat juga individu menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap wanita itu kerana mempermainkan agama Islam di mata orang ramai.

Betul ke dia Islam?

Pihak berkuasa tolong ambil tindakan!

Semoga diberi petunjuk

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila kejadian itu berlaku dan tiada maklumat lanjut berhubung acara tersebut.

Sumber: Facebook Ibrahimsaleh Kediok