Wanita bersorak keluar Pejabat Agama lepas cerai, ramai pula yang tertanya kenapa dia gembira

Wanita bersorak keluar Pejabat Agama lepas cerai, ramai pula yang tertanya kenapa dia gembira

 

Seperti mana pasangan yang lain, setiap daripada kita memang tak lari dari angan-angan untuk memiliki sebuah keluarga bahagia dan juga perkahwinan kekal untuk selamanya. Tapi ada kalanya, mungkin buat sesetengah orang pernikahan itu seperti sebuah kesilapan dan pengajaran cukup bermakna dalam hidup. Sehinggalah tekad mencari jalan untuk mendapatkan kebahagiaan sendiri.

Langkah keluar dari pejabat agama tu lain macam

Barangkali itulah pengalaman yang turut menghantui seorang wanita ini sehinggalah rakaman tentangnya tular di laman TikTok. Dalam perkongsian tersebut, seorang wanita dilihat keluar dari sebuah pejabat agama di negara jiran. Namun apa yang menjadi perhatian adalah langkah diambil ketika keluar dari premis tersebut cukup mengejutkan.

Bahagia Dapat Tukar Ke Status Janda, Wanita Bersorak Lepas Keluar Pejabat Agama 2

Langsung tak nampak macam sedih macam orang lain

Wanita tersebut dilihat cukup yakin keluar dengan penuh rasa gembira selepas urusan talak dan juga perpisahannya bersama suami akhirnya telah pun disahkan secara rasmi. Tidak kelihatan sama sekali babak-babak kesedihan mahupun penyesalan seperti individu-individu lain yang pernah melalui nasib sama sebelum ini.

 

@dheananda77

♬ เสียงต้นฉบับ – TOJONEWS.official – TOJONEWS.official

Tak ada apa yang perlu disedihkan, lagi enjoy life singleNo stress, duit, tenaga semua boleh simpan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui memang cukup tertanya-tanya apakah agaknya penyebab dari perpisahan tersebut. Malah ramai juga dilihat membuat pelbagai andaian kononnya pasti wanita berkenaan tidak begitu bahagia dengan rumah tangga yang dibina.

 

Bahagia Dapat Tukar Ke Status Janda, Wanita Bersorak Lepas Keluar Pejabat Agama 3

Bahagia Dapat Tukar Ke Status Janda, Wanita Bersorak Lepas Keluar Pejabat Agama 4

 

 

Bahagia Dapat Tukar Ke Status Janda, Wanita Bersorak Lepas Keluar Pejabat Agama 5

Kredit: TikTok Dhea Nanda