Wanita ajar cara hentikan kucing dari makan sekali, “Kalau aku pun…”

Wanita ajar cara hentikan kucing dari makan sekali, “Kalau aku pun…”

Bagi pemilik kucing, ada kalanya telatah mereka ini berada di luar kawalan dan sering melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sama seperti gelagat kucing ini yang dilihat cuba makan makanan pemiliknya ini namun lain pula yang berlaku pada akhirnya.

Pemilik kucing itu berkongsikan cara-cara untuk menghentikan kucing dari mengambil makanan yang tidak sepatutnya. Tips daripada wanita ini turut menarik perhatian ramai dengan lebih sepuluh juta tontonan setakat ini.

@quenblackwell

human hiss

♬ original sound – quenblackwell

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu dilihat baru saja ingin menjamu selera namun kemunculan kucing berwarna putih itu menganggunya. Malah kucing itu dengan selambanya turut sama menikmati makanan yang berada di dalam pinggan itu.

Wanita itu kemudian menunjukkan cara untuk menghalau kucingnya itu dari terus menikmati makanan itu. Dia kemudiannya mula meniru bunyi kucing yang sedang marah untuk menghalaunya.

kucing makan

Lebih mencuit hati, kucing itu dengan segera terus melarikan diri sebaik sahaja dia mendengar bunyi tersebut. Wanita itu memberitahu kucingnya itu pasti akan melarikan diri setiap kali dia membuat bunyi itu dan menganggapnya satu idea yang bagus untuk dikongsikan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat idea yang dikongsikannya ini. Malah ada juga yang berseloroh mereka juga akan turut sama lari jika melihat wajah yang menyeramkan seperti yang dibuat oleh wanita itu.

“Cara ni berkesan untuk manusia jugak…”

wanita ajar

“Aku buat lepas tu kucing buat balik dekat aku.”

kucing

“Aku buat dan kucing aku tampar aku pastu sambung makan balik…”

komen

“Kalau aku pun takkan sentuh dah makanan tu…”

tik tok