Wajah suami terlebih feminin, wanita tergelak diminta buktikan “dia memang lelaki”
Beberapa hari kebelakangan ini, tular di media sosial terutamanya di TikTok apabila seorang wanita berkongsi video bersama suaminya dan menerima komen bertanyakan status jantina suaminya itu.
Wajah dia feminin sangat
Perkara lucu berkenaan telah dialami oleh pengguna media sosial menggunakan nama akaun bebecat0 apabila suaminya sering dikira wanita kerana berwajah feminin.
@bebecat0 Replying to @pia🌙 semoga terjawab segala persoalan regarding my husband’s gender?? 😂🫠
Ramai pulak tanya dekat komen
Dia akui pening untuk menjelaskan hal itu susulan daripada beberapa pertanyaan daripada netizen selepas dia berkongsi gambar-gambar bersama suami di media sosial terutamanya ketika majlis persandingan mereka.
@bebecat0 one with my shuben sugar bb 🫶🏻
Dengar suara baru percaya ‘abang-abang’
Disebabkan kisah mereka tular, pihak Mstar telah menghubungi mereka dan mendapatkan penjelasan dari tuan empunya badan sendiri.
Menerusi video yang dikongsikan sumber, wanita tersebut menjelaskan bahawa suaminya memang seorang lelaki dan akui kerap menerima soalan yang sama.
Dalam pada itu, lelaki tersebut dikenali sebagai Luqman turut memaklumkan yang dia memang kerap dikira sebagai perempuan namun apabila dia membuka mulut, barulah mereka percaya akan status dirinya.
Dah biasa memang kerap ditanya
Menurut wanita itu lagi, dia juga pernah diminta untuk menunjukan kad pengenalan suami kerana tidak mempercayai bahawa suaminya adalah seorang lelaki tulin.
Walau bagaimanapun, mereka sama sekali tidak berasa terguris andai ditanya tentang perkara itu kerana sudah kerap menerima soalan tersebut.
Luqman juga mengakui yang sudah mencuba untuk menyimpan dan menumbuhkan jambang atau janggut, namun tetap tidak berjaya.
Pasangan suami isteri yang baru tiga bulan berumah tangga tersebut turut menjelaskan mereka langsung tidak mempunyai sebarang masalah dan hidup seperti pasangan suami isteri yang lain.