“Wahai ketua/pemimpin, dah sedia jawab soalan di alam kubur nanti?” – Aeril Zafrel

“Wahai ketua/pemimpin, dah sedia jawab soalan di alam kubur nanti?” – Aeril Zafrel

Seolah-olah kecewa dengan situasi semasa, pelakon dan usahawan Aeril Zafrel mengajukan soalan kepada para pemimpin negara mengenai amanah yang dipikul oleh mereka.

Menerusi sebuah posting di laman Instagram, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari mengingatkan bahawa semua tanggungjawab itu akan disoal di alam kubur kelak.

 

“Wahai ketua atau pemimpin negara. Apa yang anda lakukan hari ini, jika ianya baik ataupun tidak, akan anda dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
“Sudah sediakah anda menjawab soalan Munkar dan Nankir di alam kubur nanti?,” tulis pelakon berusia 33 tahun itu.

Pada kapsyen, pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu menegaskan perkara tersebut juga adalah peringatan untuk diri sendiri.

“Peringatan untuk diri sendiri.. Tolong tag dekat ketua atau pemimpin,” ujarnya.

Kenyataan tersebut menerima lebih 114,000 tanda suka dan dihujani pelbagai reaksi rakan artis serta pengikutnya yang meluahkan pendapat masing-masing.

Takde ‘mood’ nak tag!

Bukan mudah nak jadi segala jenis ketua…

Susah nak puaskan hati semua orang!

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dalam usaha memelihara kebajikan rakyat dan memerangi COVID-19.

Sumber: Instagram Aeril Zafrel