Virus Rsv, kini aktif serang pernafasan kanak-kanak & bayi

Virus Rsv, kini aktif serang pernafasan kanak-kanak & bayi

 

 

 

 

 

Dalam masa 2 bulan, anak kepada @ayishwafiy kerap ke klinik kerana selalu demam sehinggakan doktor pun jadi pelik dan menyarankan si ibu ini untuk membuat rujukan ke pakar.

Setelah membawa anaknya ke KPJ Klang, doktor telah mengesahkan bahawa anaknya itu terkena jangkitan Virus RSV, disebabkan itu anaknya dimasukkan ke wad.

Virus RSV 

Menerusi hellodoktor.com, jangkitan Respiratory Syncytial Virus atau jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.

Jangkitan ini biasanya sering berlaku kepada kanak-kanak bawah umur 2 tahun. Bagaimanapun, ia juga berisiko untuk menjangkiti golongan dewasa.

Perkara yang sama juga dikatakan oleh doktor kepada si ibu ini, malah doktor tersebut juga menyatakan bahawa virus ini sedang giat aktif menjangkiti kanak-kanak.

 

@ayishwafiy

#fyp please cek your kids. Macam sesak nafas kene covid ibarat dia

♬ Miss Each Other Because of Love – Tido Kang

Menurut sumber lagi, antara simptom yang dialami oleh pesakit adalah :

  • Batuk Hidung tersumbat atau berair.
  • Sakit tekak.
  • Sakit telinga.
  • Demam.
  • Ketidakseimbangan dan rasa mengantuk.
  • Kerengsaan dan tidak tidur dengan baik.
  • Kurang selera makan.
  • Apnea, di mana pernafasan berhenti kira-kira 15 hingga 20 saat. Ini biasanya berlaku hanya pada bayi pramatang dan juga mempunyai sejarah mengalami apnea.
  • Kesukaran bernafas, yang mungkin termasuk pernafasan lebih cepat daripada biasa
  • Berdehit (bunyi nafas).
  • Batuk yang semakin teruk. Kanak-kanak mungkin tercekik atau muntah akibat batuk yang teruk.
  • Lethargy, peningkatan keletihan, penurunan minat dalam persekitaran, atau kehilangan selera makan.

Perkara ini jugalah terjadi kepada anak kecil ini dimana anak kecilnya demam berlarutan, susah bernafas, batuk berkahak, muntah, tidak aktif dan hilang selera makan.

Dalam video ini dilihat anaknya sedang mendapatkan bantuan pernafasan dan kelihatan anaknya menangis.

 

@ayishwafiy

#VirusRSV take care. Get well soon dear❤️

♬ suara asli – 🌀WILFEXBOR🌀 – 🌀WILFEXBOR🌀

Mungkin kalau dilihat dengan mata kasar ianya sama seperti demam selsema biasa, namun begitu, kepada ibu bapa diluar sana, jika anak ada gejala tambahan seperti diatas segeralah rujuk ke hospital agar ia tidak melarat dan virus ini boleh menjangkiti orang lain menerusi mata, hidung atau mulut.