Viral video peniaga ‘serang’ gerai sebelah, akak keropok lekor tampil mohon maaf
Dalam negara berdepan dengan pandemik Covid-19 ini, banyak individu yang mengambil inisiatif untuk berniaga bagi menyara kehidupan mereka. Malah, dalam adat berniaga pasti ada rugi dan untung yang perlu dihadapi oleh setiap peniaga. Ini tidak termasuk lagi dengan peniaga lain yang tidak berpuas hati dengan kita dalam usaha mencari rezeki.
‘Diserang’ peniaga sebelah
Seorang peniaga memuat naik video di laman TikTok mendakwa gerai niaganya telah ‘diserang’ oleh peniaga keropok lekor berhampiran di Taman Koperasi LLN, Kajang. Video yang telah mendapat 1.9 juta tontonan di platform media sosial itu memaparkan seorang peniaga lain datang menghampiri tapak jualannya sebelum ‘merosakkan’ barang niaga individu ini. Laksa yang dijualnya juga kelihatan tertumpah dan berterabur di atas jalan.
Setelah peniaga itu beredar, dapat dilihat individu ini sempat mengutip satu persatu bahan laksa yang jatuh di atas tanah itu. Difahamkan, kejadian itu berpunca atas dasar tidak puas hati dan bermula dengan kata cacian.
Kronologi sebenar
Kisah yang dikongsikan melalui Facebook Kaseh Meow Elena mengenai rakannya yang baru sahaja memulakan perniagaan menjual laksa. Tetapi siapa sangka, di hari pertama berniaga, dia mendakwa sudah ‘diserang’ oleh peniaga lain.
Tindakan itu seolah-olah tidak menghormati peniaga lain untuk mencari rezeki di lokasi tersebut.
Sudah selesai
Terbaharu, menerusi posting yang dimuat naik di laman Facebook, difahamkan kedua-dua peniaga tersebut telah berdamai dan bermaaf-maafan sesama mereka. Malah, diharapkan kedua-dua peniaga itu dapat mendapatkan urusan perniagaan dengan baik tanpa sebarang sengketa lagi.
Difahamkan, peniaga tersebut bagaimanapun telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan meskipun ‘jiran’ peniaga keropok lekor itu telah tampil membuat permohonan maaf kepadanya.
Saya pun nak niaga…
@nurul_anuar kes ditutup #fypシ
Sumber: Nurul Anuar, Kaseh Meow Elena