Viral tersalah takbir raya di telinga anak, isteri ajak ke surau hafal azan dulu

Viral tersalah takbir raya di telinga anak, isteri ajak ke surau hafal azan dulu

Bagi ibu bapa yang pertama kali menyambut kelahiran cahaya mata sudah pasti akan cukup teruja. Boleh dikatakan hampir segala persiapan dilakukakan dengan cukup teliti termasuklah pemilihan pusat perubatan, barang kelengkapan bayi dan juga ibu dalam berpantang. Walau bagaimanapun, mesti tetap ada perasaan gugup dalam diri untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.

Minta azankan anak tapi malah laung takbir

Terdahulu, sempat tular di media sosial rakaman sepasang suami isteri yang baru sahaja menyambut kelahiran anak mereka. Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan malah tersilap melaungkan takbir raya di telinga zuriatnya sedangkan sepatutnya diazan. Sehingga ke harini, video tersebut telah meraih hampir 500 ribu jumlah tontonan.

@vickyjackson200

azankan anak malah takbiran#tiktok #baby #bayilucu #viral

♬ suara asli – zayn al-fatih jackson – zayn al-fatih jackson

 

Balik dari terima rawatan…Biar tahu bezakan azan dan takbir, disuruh tinggal di masjid

Setelah mendapatkan rawatan secukupnya di pusat perubatan, akhirnya si ibu dan anak dapat pulang semula ke rumah. Walau bagaimanapun, wanita tersebut sempat berseloroh mengajak suaminya ke sebuah masjid berhampiran untuk menghafal dulu suara azan dengan betul sebelum dibenarkan balik. Dalam pada itu, lelaki berkenaan jelas kelihatan terpinga-pinga sambil memangku anaknya.

@vickyjackson200part 2 setelah pulang dari rumah sakit. biar tau bedakan azan sama takbir malah disuruh tinggal di mesjidhttps://www.tiktok.com/@vickyjackson200/video/7069300066703510811?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7067056276559365634

Tak ada lambat, tak ada cepat nak menuntut ilmu…Bagus isteri yang sabar, suami dengar nasihat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan ‘denda’ yang telah dikenakan oleh isteri. Selain itu, ramai juga sempat berkongsi pengalaman hampir sama apabila suami tersilap sewaktu melaungkan takbir berbanding azan.

Viral Tersilap Takbir Raya Di Telinga Anak, Isteri Denda Minta Hafal Dulu Azan

Viral Tersilap Takbir Raya Di Telinga Anak, Isteri Denda Minta Hafal Dulu Azan

Viral Tersilap Takbir Raya Di Telinga Anak, Isteri Denda Minta Hafal Dulu Azan

Kredit: TikTok VickyJackson200