Viral ‘screenshot’ status masih diproses, dituduh belum ambil vaksin, KJ perjelas hal sebenar

Viral ‘screenshot’ status masih diproses, dituduh belum ambil vaksin, KJ perjelas hal sebenar

Terbaharu, tular di platform media sosial memaparkan satu tangkap layar yang menunjukkan butiran peribadi status vaksinasi COVID-19 Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Melihat pada screenshot terbabit, status janji temu tersebut dinyatakan masih ‘Sedang Diproses’, walau bagaimanapun, butiran lain seperti pusat vaksinasi, tarikh serta masa janji temu tidak dinyatakan.

Hal tersebut telah mencetuskan satu kontroversi dimana ada pihak yang menuduh Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ belum mengambil suntikan vaksin COVID-19.

 

Sedar akan isu yang tercetus itu, KJ membuat satu status di Facebook beliau bagi menjelaskan perkara sebenar bahawa screenshot tersebut adalah palsu dan laman web yang digunakan untuk periksa status itu sudah tidak aktif.

Dalam pada masa yang sama, menteri itu memberitahu orang ramai yang dia sudah mengambil suntikan vaksin COVID-19 pertama sejak 18 Mac 2021 dan menerima dos kedua pada 8 April 2021 lalu

Tambahan lagi, beliau turut telah menerima dos penggalak pada September tahun lepas sebelum berangkat ke Himeji, Jepun bagi menghadiri mesyuarat penting.