Viral rakaman penduduk solat Aidilfitri depan rumah, “Memang terbaik”

Viral rakaman penduduk solat Aidilfitri depan rumah, “Memang terbaik”

Raya tahun ini adalah kali kedua kita meraikannya dalam suasana PKP gara-gara kes positif Covid yang masih dalam jumlah membimbangkan. Namun begitu raya tetap raya. Kemeriahannya tahun ini masih dapat dirasakan biarpun tidak dapat berkunjung ke rumah sanak saudara, apatah lagi pulang ke kampung halaman yang terletak berlainan daerah dan negeri.

Bukan itu sahaja, solat sunat Aidilfitri di surau dan masjid agak terhad. Walau bagaimanapun, di Ipoh penduduk di sebuah taman perumahan mengadakan solat Aidilfitri depan rumah atas jalan telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi laporan Harian Metro, penduduk kawasan perumahan Medan Klebang Restu, Chemor, di sini mempunyai pendekatan tersendiri dalam perlaksanaan solat sunat Aidilfitri. Mereka mendirikan solat di atas jalan hadapan rumah atau serambi rumah masing-masing.

13521zulsyamini1_1620885405

Dimulakan dengan takbir raya, 7.45 pagi tadi di lapan lorong berbeza bagi perumahan jenis teres itu, dipimpin seorang imam bagi setiap lorong solat itu diadakan.

Di samping itu, penduduk yang selebihnya turut membentang tikar di serambi rumah masing-masing bagi membolehkan ibadat itu ditunaikan dengan masih mematuhi prosesur operasi standard (SOP) bagi mengekang wabak Covid-19 khususnya berkaitan penjarakan fizikal.

Berikut adalah rakaman solat Aidilfitri ini yang telah dikongsikan semula oleh Era.Je:

Ini pula antara reaksi ramai mengenai perkongsian rakaman solat Aidilfitri depan rumah tersebut:

“Memang terbaik”

Solat Aidilfitri Depan Rumah 3

“Islam tak membebankan, respect”

Solat Aidilfitri Depan Rumah 2

“Alhamdulillah. Kat mana2 pun boleh solat lagi”

Solat Aidilfitri Depan Rumah 1