Viral pesawat pengintip I5r4eL dilapor rentas Malaysia, dengarkan penjelasan peribadi bekas Pegawai TUDM ini

Viral pesawat pengintip I5r4eL dilapor rentas Malaysia, dengarkan penjelasan peribadi bekas Pegawai TUDM ini

Warganet semalam heboh apabila sebuah pesawat yang dipercayai merupakan pesawat pengintip prototaip milik firma pertahanan Israel dilapot melalui ruang udara Putrajaya.

Walaupun dikatakan bahawa pesawat Boeing 737-400 itu sedang menjalankan ujian penerbangan di Singapura tetapi ia membuatkan orang ramai tertanya-tanya.

Susulan itu, seorang bekas pegawai TUDM, Kapten (B) Raeiz Hamed ada mengulas secara peribadi mengenai perkara tersebut bagi merungkai segala persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan di dalam media sosial ketika ini.

*Penjelasan ini tidak mewakili ATM dan mana-mana pihak, ia merupakan pendapat berdasarkan pengalaman dan ilmu Raiez sebagai bekas tentera.

Menerusi video di Youtube miliknya, Kapten Raeiz menjelaskan bahawa ruang udara di mana-mana negara merupakan bukan milik negara itu sepenuhnya. Setiap negara mempunyai airways atau laluan udara bagi pesawat-pesawat komersial.

“Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah menetapkan setiap ruang udara di muka bumi ini ada laluan atau trafiknya yang tersendiri. Contohnya, daripada negara A hendak negara C, ia perlu melalui negara B. Ia tidak boleh terus short cut ke negara C,” ulasnya.

Menurutnya, pesawat Israel yang tular semalam sebenarnya merentasi mengikut ruang udara antarabangsa yang memperlihatkan Malaysia tiada hak ke atasnya. Tetapi, penerbangan tersebut perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada trafik.

“Ia tidak perlu meminta apa-apa kebenaran dari Malaysia kerana itu adalah laluan antarabangsa.

“Semasa melakukan penerbangan di ruang udara Putrajaya, pesawat tersebut tidak terkeluar langsung dari laluan udaranya,” katanya.

Jelasnya, orang ramai tidak perlu risau dan menyebarkan perkara yang tidak benar kerana pesawat tersebut merupakan pesawat awam dan tidak membawa apa-apa senjata.

Justeru, tiada masalah jika pesawat Israel ingin melakukan penerbangan di ruang udara Malaysia kerana ia tidak melanggar undang-undang ruang udara. Tidak cuma itu, menurutnya, ini bukan pertama kali pesawat Israel melintasi ruang udara Malaysia.

“Beribu-ribu pesawat dah lalu sebelum ini sebab itu merupakan laluan udara bagi pesawat komersial,” katanya.

Kapten Raeiz juga menasihatkan kepada warganet untuk tidak menyebarkan teori-teori atau perkara yang tidak sahih sehingga menggusarkan orang ramai di Malaysia.