Viral anak ‘meracau’ panjat dinding, wanita kecewa bila dituduh guna sihir

Viral anak ‘meracau’ panjat dinding, wanita kecewa bila dituduh guna sihir

Di Facebook, viral kisah di mana seorang gadis berusia 15 tahun didakwa terkena sihir sehingga menyebabkannya meracau memanjat dinding. Tidak cukup dengan itu, gadis yang dipanggil ‘Adik’ turut muntah rambut serta beberapa lagi perlakuan aneh ketika dirasuk.

Berusaha untuk memulihkan keadaan anak, ibu, Rozita Ramli difahamkan telah memanggil pakar perubatan Islam terkenal. Sebelum ini anak dikatakan pernah mendapatkan rawatan dengan seorang perawat yang berasal dari Perlis.

Namun lain pula yang jadi apabila dia dituduh menggunakan sihir selepas pakar perubatan Islam menjumpai sebuah beg berisi gambar yang dicucuk dengan jarum. Menafikan dakwaan itu, wanita ini berkata dia tidak tahu bahawa perawat dari Perlis itu akan mencetak gambar-gambar individu yang disebut anak semasa dirasuk.

Tak tahu ustaz print gambar

meracau

Kenapa nak fitnah Kak Gee sihir anak sendiri sedangkan Kak Gee sendiri tak tahu ustaz tu print gambar. Dia mintak Kak Gee gambar hanya nak tengok katanya tetapi sebaliknya lain jadi.

Berasa sangat kecewa kerana dituduh, wanita ini mendakwa perawat itu ada menyatakan hasrat untuk membawa Adik mendapatkan rawatan di Perlis. Sebelum itu, Adik dikatakan telah dibawa ke homestay dan dia membenarkannya tanpa berfikir panjang.

Dituduh guna sihir

sihir

Tetapi benda ni terbalik pada Kak Gee dengan tuduhan Kak Gee menyihir, kalau ada siapa-siapa pandai berubat boleh la tengok keluarga Kak Gee. Betul ke Kak Gee pernah sihir orang.

Apabila anak Kak Gee kena rasuk ustaz tanya siapa tuannya jadi dia sebut nama sekian sekian. Pastu ustaz mintak nak tengok gambar orang yang disebut anak Kak Gee ketika kena rasuk.

Apabila Kak Gee tanya dia nak buat apa dia kata ni bukan urusan Kak Gee. Jadi Kak Gee memang tak pernah tahu tentang gambar-gambar itu.

 

Wanita ini turut memohon netizen supaya tidak berterusan mengecam kerana apa yang berlaku bukanlah kehendak dirinya. Dia menegaskan tidak tahu ustaz akan mencetak gambar-gambar tersebut.

Malah, dia meminta mana-mana perawat Islam datang untuk melihat sendiri adakah benar dia melakukan perbuatan sihir seperti yang didakwa. Demi anak, dia menerima sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan bantuan.

Dia turut memohon maaf kepada ahli keluarga yang terpalit dengan isu ini. Dia berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan kesihatan anak kembali pulih.

Video penuh

Terdahulu, seorang wanita yang dikenali sebagai Rohayu Ramli tampil menepis dakwaan terlibat dalam perbuatan tidak bermoral sehingga anak-anak saudara jatuh sakit. Wanita berkenaan turut membuat laporan polis bagi membersihkan namanya dan suami.

Kredit: Gee Geesnowwhite