[Video]’Macam GTA’, suspek rempuh kenderaan awam diburu polis

[Video]’Macam GTA’, suspek rempuh kenderaan awam diburu polis

 

Menerusi video yang tular di Twitter itu, dapat dilihat orang ramai mengejar sambil membaling objek ke arah sebuah trak pikap sebelum pemandunya mengundur dan merempuh sebuah kereta jenis Mitsubishi ASX berwarna putih sehingga menyebabkan bahagian hadapannya menjadi rosak teruk.

 

Polis sedang mengesan suspek yang terlibat

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bintulu telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihaknya sedang mengesan suspek yang terlibat dengan kejadian tersebut menerusi laman rasmi Facebook PDRM Bintulu.

Video yang tular itu mendapat respon daripada warganet yang bersimpati dengan keadaan menimpa pemilik kenderaan yang terlibat di sekitar kawasan tersebut dan berharap agar isu ini dapat diselesaikan oleh pihak polis dengan segera.

Kredit: TikTok nan manjoi | Facebook PDRM Bintul