[Video] Live bertanding di pentas, pemain bass rebah sebelum temui ajal

[Video] Live bertanding di pentas, pemain bass rebah sebelum temui ajal

 

Seperti yang sudah selalu kita dengar, soal ajal dan juga pertemuan ini semuanya terletak di tangan yang Maha Esa. Ada orang sedari awal sudah dipersiapkan dengan hakikat pemergiannya mungkin tidak lama lagi. Namun ramai juga diantaranya memang tidak tahu sampai bilakah agaknya hayat untuk teruskan hidup.

Battle of Islamic Talent 2022 di Karnival Merdekat Batu Pahat

Semalam telah berlangsungnya penganjuran Karnival Merdeka Batu Pahat 2022 di Dataran Batu Pahat. Antara acara paling ditunggu-tunggu adalah ‘Battle of Islamic Talent 2022‘ yang menyaksikan beberapa buah band muzik tanah air berentap dalam satu pertandingan berkonsepkan Islamik. Ia difahamkan julung-julung kali diadakan dan bertujuan untuk menggalakkan muzik sebagai medium dakwah dan hiburan positif.

[VIDEO] Tengah Bertanding Atas Pentas, Pemain Bass Rebah Sebelum Dijemput Ilahi 2[VIDEO] Tengah Bertanding Atas Pentas, Pemain Bass Rebah Sebelum Dijemput Ilahi 3

Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat saya Fadzal

Walau bagaimanapun, ketika kumpulan Madley Madness baru mula beraksi, tiba-tiba sahaja salah seorang pemain bass dikenali sebagai Muhd Fadzal telah pun tumbang di atas pentas. Persembahan mereka terus dihentikan serta-merta sebelum lelaki berkenaan dikejarkan ke pusat perubatan. Namun sudah tertulis Allahyarham akhirnya dikhabarkan telah pun menghembuskan nafas terakhir.

Semoga lagu yang kita sampaikan jadi satu titik perjuangan untuk agama Islam tercinta

Menjengah ke beberapa buah posting dari rakan-rakan, Allahyarham Muhd Fadzal digambarkan sebagai seorang yang sangat baik dan juga ceria. Malah bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga dikatakan tak pernah lokek ilmu dalam dalam dunia seni diceburinya.

@uteramanzero7

maaf lari content,mohon sedekah alfatihah buat sahabat sy fadzal.. #alfatihahbuatmu #alfatihah

♬ Kau Sahabat Kau Teman – Hijjaz

[VIDEO] Tengah Bertanding Atas Pentas, Pemain Bass Rebah Sebelum Dijemput Ilahi 4[VIDEO] Tengah Bertanding Atas Pentas, Pemain Bass Rebah Sebelum Dijemput Ilahi 5

Semoga lagu yang kita sampaikan jadi satu titik perjuangan untuk agama Islam tercinta

Menjengah ke beberapa buah posting dari rakan-rakan, Allahyarham Muhd Fadzal digambarkan sebagai seorang yang sangat baik dan juga ceria. Malah bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga dikatakan tak pernah lokek ilmu dalam dalam dunia seni diceburinya.

Kredit: Facebook E-One RidzwanFaiz KhairiUstaz Abdullah Husin & TikTok uteramanzero7