[Video]”Kenapa dah lain muka, cantik yang dulu..” Netizen terkejut tengok perubahan wajah Zarina Zainudin

[Video]”Kenapa dah lain muka, cantik yang dulu..” Netizen terkejut tengok perubahan wajah Zarina Zainudin

Siapa  sahaja yang tidak mengenali pelakon hebat Zarina Zainudin, kecekalan wanita tabah ini dalam meniti kehidupan seharian nyata mencetus inspirasi. Dalam kesibukan menguruskan dua anak istimewanya namun Zarina Zainuddin tetap ligat merancang masa depan dengan segala kudrat yang ada.

Enggan bergantung pendapatan dengan kerjaya lakonan semata-mata, aktres ini bijak menggunakan bakat yang ada untuk menceburi bidang perniagaan makanan.

Perniagaan pulut kuning yang diusahakan Zarina Zainuddin bukan lagi rahsia. Saban tahun, dia ligat mencari pelbagai idea baharu untuk melariskan jualan. Yang pasti, bisnes pada mulanya sekadar ‘suka-suka’ kini berkembang maju dan meraih pulangan menguntungkan.

 

Terbaharu, pelakon Zarina Zainudin telah berkongsi satu video mempromosikan jualan pulut kuning di sebuah booth di Singapura. Malah, apa yang menarik perhatian apabila ramai yang berperasan terdapat perubahan pada bentuk hidung pelakon tersebut.

Terdapat juga sesetengah netizen mengatakan itu hanyalah sekadar ‘filter’ yang menampakkan hidung semakin mancung.

 

 

 

Rata-rata netizen tidak ketinggalan memenuhi ruangan komen dengan mengatakan wajah terdahulu kelihatan lebih cantik berbanding dengan wajah terkini. Apapun, setakat ini pelakon tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dengan perubahan wajah tersebut.