[Video] Zarina Anjoulie kongsi prosedur buang tatu di bahu, level sakit boleh tahan

[Video] Zarina Anjoulie kongsi prosedur buang tatu di bahu, level sakit boleh tahan

Pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi dilihat menjalani rawatan untuk membuang tatu pada bahagian badannya di sebuah klinik estetik dan kecantikan yang terletak di Kuala Lumpur.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, pelakon berusia 35 tahun itu menggunakan prosedur jenis laser bagi menghilangkan dakwat hitam dan berwarna yang dicecah pada bahunya.

 

 

Zarina atau mesra dipanggil Anju berkata, harga bagi prosedur tersebut mencecah sekitar RM500 untuk satu sesi rawatan dan perlu dilakukan beberapa kali bagi mendapatkan perbezaan atau hasilnya.

“Satu sesi dalam lingkungan RM500, dakwat hitam lagi senang nak keluar dari warna. Dakwat hitam dalam satu sesi dah boleh nampak beza yang ketara berbanding warna,” tulisnya.

Tambah pelakon filem Hantu Kuat Ketawa itu, rawatan berteknologi itu tidak menyebabkan kesakitan dimana masih boleh menahan sakit ketika melakukan proses berkenaan.

“Tahap sakit yang boleh tahan.. bukan sakit sangat pun.” katanya lagi.

Bagaimanapun, dia bertindak menutup ruangan komen yang berkemungkinan tidak mahu menerima sebarang kata-kata negatif daripada pengikutnya.

Tahun lalu, Zarina pernah melakukan rawatan sama sambil ditemani rakan artis Zoey Rahman yang ketika itu hubungan mereka dilihat sangat ‘mesra’ antara satu sama lain.

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie , YouTube Malaysia Viral Tube