[Video] zalim! budak ditumbuk, dicubit sampai terangkat badan

[Video] zalim! budak ditumbuk, dicubit sampai terangkat badan

RAKAMAN memaparkan seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa dera seorang individu mula tular di laman Twitter sejak Selasa pagi.

Menerusi video yang dimuat naik ke akaun @isusemasaviral, kanak-kanak tersebut dikasari pelaku sehingga dia menangis kesakitan.

Mangsa bukan sahaja diketuk pada bahagian kepala, malah turut ditampar wajahnya.

Tubuh anak-kanak itu juga kelihatan terangkat apabila dia dicubit dengan kasar di bahagian dada.

twitter1

Ada netizen mendakwa pelaku adalah seorang perempuan.

Lebih kejam, kepala kanak-kanak terbabit turut ditekup ke bahagian celah kangkang pelaku apabila dia enggan berhenti menangis.

Dalam video berdurasi lebih seminit itu, pelaku yang dipercayai seorang pengkid (perempuan lagak seperti lelaki) berkali-kali menyuruh mangsa agar diam ketika mereka berada di bahagian beranda sebuah kediaman.

Kejamnya. Macam mana boleh sampai hati pukul budak macam tu?

NETIZEN

Berdasarkan dialek yang digunakan pelaku, kejadian itu dipercayai berlaku di negeri Sabah, tetapi ada juga yang menyatakan insiden berlaku di Sulawesi, Indonesia.

“Pagi pagi dah ‘hangin’ tengok video ni. Part cubit sampai terangkat budak tu Ya Allah kesianya sakit tu.

twitter2

Tidak dapat dipastikan di mana berlaku insiden ini.

“Kat Sabah ke ni?” tulis pengendali Twitter itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan menyelar tindakan keji pelaku yang dianggap lebih teruk daripada haiwan.

Malah, ramai yang menyeru agar polis mengambil tindakan segera agar keadilan dapat berpihak kepada mangsa.

“Aku yang tak ada anak lagi ni pun rasa sedih sangat budak dibuat macam ni, kalau tak ada hati nak jaga budak, rancang dulu, bukannya seksa macam ni.

dera 222

Mangsa menangis akibat dikasari individu tersebut.

“Dah kau ni menakutkan. Macam mana la budak tu nak diam dengan kau pergi seksa dia, tampar, cubit, sampai nak tercabut kulit. Haih manusia.

“Budak tu buat apa eh sampai kena macam tu? At first memang dah diam kan. Yang tiba-tiba kau pukul tu dah kenapa?

“Kejamnya. Macam mana boleh sampai hati pukul budak macam tu?” tulis beberapa netizen.