[Video] Tindakan wanita isi minyak diesel pada Proton X50 undang tanda tanya

[Video] Tindakan wanita isi minyak diesel pada Proton X50 undang tanda tanya

 

Jika dahulu, kebanyakan kereta jenis trak pikap, lori, pacuan empat roda (4×4) atau kenderaan utiliti sukan (SUV) pasti menggunakan enjin jenis diesel.

Manakala kereta jenis sedan, kompak (hatchback) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) pula didatangkan dengan enjin yang menggunakan kuasa petrol.

Namun, seiring dengan kemajuan dunia automotif kini, kenderaan seperti trak pikap dan SUV juga sudah mula menggunakan engin petrol yang berkuasa tinggi.

Disebabkan itu, kebanyakan kenderaan baharu kini meletakkan pelekat yang memberitahu jenis minyak digunakan oleh kereta tersebut di bahagian penutup tangki minyak.

Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial video seorang wanita yang mengisi minyak diesel pada Proton X50 di sebuah stesen minyak.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @kingarep_, kelihatan wanita tersebut dengan yakinnya mengisi minyak sambil matanya melihat skrin yang memaparkan jumlah dan kuantiti isian di mesin pam.

“Sejak bila X50 pakai diesel? Lingkup lah enjin itu tidak boleh start,” ciapnya.

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh seorang individu lain sebelum ditularkan di media sosial sehingga meraih perhatian ramai.

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh seorang individu lain sebelum ditularkan di media sosial sehingga meraih perhatian ramai.

Segelintir pengguna X memberi cadangan agar pihak kerajaan mengadakan kursus kenali jenis minyak untuk kenderaan semasa mengambil lesen memandu agar kejadian sebegini tidak berulang lagi.

Namun, majoriti netizen mempersoal tindakan individu terbabit yang hanya merakam dan menularkan video daripada membantu wanita berkenaan dengan memberitahunya tentang kesalahan tersebut.

Ini jelas mereka mungkin dapat membantu mengurangkan kesan kerosakan terhadap kereta SUV Segmen B itu.

Setiap manusia pasti tidak lari daripada melakukan kesilapan, seperti wanita itu mungkin dia juga tidak menyedari tentang jenis minyak yang digunakan semasa mengisi.