Video terselit satu gambar wanita free hair, Fizi Ali sudah temui pengganti?

Video terselit satu gambar wanita free hair, Fizi Ali sudah temui pengganti?

Menerusi kapsyen, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin mengakui banyak kenangan dilalui sepanjang tahun lalu dan berharap 2023 dapat memberi kebahagiaan kepada orang ramai.

 

 

“Terlampu banyak kenangan tahun 2022!! Tahun yang terbaik juga dalam hidup saya. Dapat kehidupan yang makin bahagia dengan orang-orang yang menghargai cinta dan setia.
“Kerjaya yang sangat saya boleh banggakan. Tak pernah terfikir akan ke tahap sekarang ini. Rasa macam sayang tahun 2022 akan pergi.
“Terima kasih juga orang-orang yang ada dengan saya untuk tahun 2022. Insya-Allah tahun 2023 kita semua diberikan kebahagiaan dalam kehidupan dan kerjaya yang kita semua impikan. Amin,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, orang ramai lebih tertumpu kepada sekeping gambar wanita pada hujung-hujung video berdurasi 10 saat itu.

 

Meskipun penyampai berusia 33 tahun itu tidak menyatakan gerangan individu tersebut, tetapi segelintir pengikut mula mengusik dan bertanya sekiranya wanita itu adalah wanita istimewa yang bertakhta di hatinya.

Gambar siapa tu?

Buah hati ke tu?

Terpaksa ulang banyak kali

Terdahulu, Fizi mengakui sedang mengenali seorang wanita namun masih dalam fasa berkawan sekali gus mengenali hati budi masing-masing.

Untuk rekod, dia mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri ada 18 Februari 2018 namun mengumumkan penceraian sekitar Disember 2021.

 

Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Instagram Fizi Ali