[Video] ternampak bayang cahaya lampu pelik, pasangan didakwa buat ‘projek’ dalam khemah

[Video] ternampak bayang cahaya lampu pelik, pasangan didakwa buat ‘projek’ dalam khemah

 

Kejadian di Indonesia, viral satu rakaman video menunjukkan bayang ‘pelik’ daripada cahaya lampu dalam sebuah khemah.

Difahamkan, rakaman itu dibuat pengunjung yang turut sama berkhemah di kawasan air terjun Curug. Kedengaran perakam beristighfar melihat bayang yang dipercayai aksi lucah.

“Matikan lampu dulu”

Perakam turut mempersoalkan kenapa pasangan tu tak matikan lampu kerana ianya sangat mengganggu ‘pemandangan’ pengunjung lain. Aduhai dekat tempat awam pun jadi kerja ye?

 

Memetik laporan portal Indonesia Kabar Negri, kejadian itu dipercayai berlaku di air terjun yang terletak di Taman Negara Gunung Halimun Salak.

 

Bimbang aktiviti tak bermoral

Selepas video viral, ramai yang meluahkan rasa bimbang dengan perbuatan tak bermoral anak muda ketika beriadah di kawasan itu.

Pengurus Taman Negara Gunung Halimun Salak ketika diminta pengesahan mengenai kejadian berkata pihaknya setakat ini masih belum terima apa-apa laporan.

Jadi dia sendiri tak dapat nak sahkan sama ada kejadian tak senonoh itu betul-betul berlaku.

Apa-apa pun dia merayu pengunjung supaya mematuhi peraturan dan menghormati norma yang diguna pakai. Katanya lagi, pihaknya akan melakukan siasatan dengan pegawai lapangan untuk mengetahui kebenaran video yang tersebar.

Kredit: Kabar Negri